2 letupan dikesan ketika operasi memadam kebakaran ladang PPNJ

2 letupan dikesan ketika operasi memadam kebakaran ladang PPNJ

2 letupan dikesan ketika operasi memadam kebakaran ladang PPNJ
Anggota bomba memadamkan kebakaran di ladang milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Air Itam yang kini memasuki hari kelapan. – Foto ihsan bomba

MUAR: Dua letupan kecil dikesan berlaku ketika operasi memadam kebakaran tanah gambut di ladang milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Air Itam, di sini semalam.

Letupan pertama berlaku 3 Februari lalu, manakala yang kedua semalam dalam kawasan sektor D ketika operasi memadam kebakaran memasuki hari kelapan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata insiden ini dipercayai berpunca daripada kebakaran tanah gambut yang masih aktif di bawah permukaan.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian namun berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan terbabit berikutan asap tebal serta struktur tanah gambut longgar dan tidak stabil.

“Sebelum ini, satu letupan dilaporkan berlaku di sektor sama pada 3 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, atas pertimbangan faktor keselamatan dan orang awam, sektor D ditutup sepenuhnya.

Sehubungan itu, katanya, operasi pemadaman diteruskan dengan bantuan helikopter bagi memastikan api dapat dikawal sepenuhnya, sekali gus meminimumkan petugas di lapangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


“Polis akan memantau keadaan itu dan menyalurkan maklumat kepada orang awam dari semasa ke semasa.

“Selain itu, orang awam dinasihatkan tidak mendekati kawasan kejadian dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

Terdahulu, Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Norshuhada Amsari berkata, helikopter jenis Agusta AW139 (9M-BOD) digunakan untuk operasi pengeboman air.

Operasi tertumpu di sektor D iaitu kawasan kebakaran terbesar dengan keluasan dianggarkan 88 hektar.

“Kebakaran membabitkan empat sektor, iaitu sektor A seluas 10 hektar, sektor B (empat hektar), sektor C (lapan hektar) dan sektor D (88 hektar),” katanya.

2 letupan dikesan ketika operasi memadam kebakaran ladang PPNJ

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker