2 lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan, polis sahkan lemas sebagai punca
2 lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan, polis sahkan lemas sebagai punca

TUMPAT: Dua lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pasir Pekan, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa berusia 31 dan 42 tahun ditemui terapung di tepi tebing sungai pada jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan penemuan dua mayat lelaki.
“Bertindak atas maklumat, polis ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-dua mayat terapung di tepi tebing sungai.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum pengesahan pegawai perubatan mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
2 lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan, polis sahkan lemas sebagai punca
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.