‘YouTuber’ 3 isteri kini melarat, tinggal dalam kereta
‘YouTuber’ 3 isteri kini melarat, tinggal dalam kereta

TOKYO – Seorang pempengaruh laman perkongsian video YouTube (YouTuber) popular di Jepun yang mengamalkan poligami, mengalami keruntuhan keluarga apabila beberapa isteri meninggalkannya, lapor sebuah laman berita.
Lelaki berkenaan, Ryuta Watanabe secara rasmi mengumumkan bahawa struktur keluarga besarnya runtuh.
Selepas bertahun-tahun mempromosikan gaya hidup memiliki empat isteri, impian Watanabe berakhir apabila dua isteri meninggalkannya.
Isteri pertama dan isteri ketiga dilaporkan lari ke rumah ibu bapa masing-masing dengan membawa bersama empat anak mereka.
Watanabe mengaku bahawa keluarganya berpecah kerana berdepan kesukaran kewangan yang teruk selain perbalahan mengenai gaya hidupnya.
Menurutnya, dia kini hanya mempunyai wang cuma 11,000 yen (RM277) dalam akaun banknya.
Pesohor YouTube itu juga kini tinggal di dalam sebuah kereta bersama isteri keduanya yang tidak mempunyai anak. – AGENSI
‘YouTuber’ 3 isteri kini melarat, tinggal dalam kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
You must be logged in to post a comment.