Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ibnu Rasyeed Mat Isa meneruskan khidmat bakti di kawasan dengan menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

Terbaharu beliau yang juga merupakan Pegawai Khas Menteri Besar Perak Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong mengunjungi beberapa penduduk setempat yang ditimpa musibah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral.

“Saya bersama urus setia pejabat telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada  Muhamad Syafiq di Kampung Kelubong, Trong yang mengalami patah kaki akibat kemalangan jalan raya.

“Seterusnya, rombongan turut menziarahi Tok Ketua Zulkifli Zaini (Makjun), Ketua Kampung Permatang Raja di Permatang Raja, Trong yang juga terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ibnu Rasyeed memanfaatkan kunjungan tersebut dengan menyampaikan bantuan kepada mereka bagi meringankan beban dalam menghadapi ujian tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID


Beliau turut sama mendoakan agar kedua-dua penerima bantuan diberikan kesembuhan serta kekuatan untuk melalui tempoh pemulihan dengan baik.

“Semoga sedikit sumbangan dan ziarah ini dapat meringankan beban serta memberi semangat kepada mereka sekeluarga.

“Kami mendoakan agar Muhamad Syafiq dan Tok Ketua Zulkifli Zaini dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.

“Sesungguhnya setiap ujian datang bersama hikmah, dan keprihatinan sesama masyarakat adalah asas kepada kesejahteraan bersama,” ujar beliau.

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

Sementara itu, menerusi hantaran terdahulu, beliau turut sama menzahirkan keprihatinan dengan menghadiri urusan pengebumian seorang penduduk setempat yang telah kembali ke rahmatullah.

Beliau turut mengharapkan agar ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

“Saya hadir mengiringi jenazah Allahyarhamah Habibah Daud ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Temelok Trong bagi urusan pengebumian. Kami menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga atas ujian dan kehilangan ini. Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kesabaran, ketabahan serta kekuatan iman dalam menghadapi saat yang sukar ini.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta mempermudahkan segala urusannya di alam sana,” ujar beliau. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker