Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Rozi Mamat menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga Kolej Ketengah atas kejayaan memperoleh Akreditasi Penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Diploma Pengurusan Pelancongan Islam.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, pengiktirafan tersebut merupakan bukti jelas kesungguhan, komitmen serta kerja keras semua pihak dalam memastikan kualiti pendidikan dan pengurusan akademik sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Tahniah kepada seluruh warga Kolej Ketengah atas kejayaan memperoleh Akreditasi Penuh MQA bagi Program Diploma Pengurusan Pelancongan Islam. Pengiktirafan ini bukti kesungguhan, komitmen dan kerja keras semua pihak dalam memastikan kualiti pendidikan terus diperkasa.
“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai graduan berilmu, berdaya saing dan berakhlak, seterusnya menyumbang kepada pembangunan pelancongan Islam dan kemajuan Terengganu secara keseluruhannya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
Rozi juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu turut menyatakan keyakinan bahawa kejayaan berkenaan akan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan yang mampu menyumbang secara langsung kepada pembangunan sektor pelancongan Islam serta kemajuan negeri Terengganu secara keseluruhannya.
“Insya-Allah… kita terus melangkah ke hadapan, membina masa depan anak-anak wilayah dengan penuh keyakinan,” katanya.
Ujarnya lagi, kejayaan Kolej Ketengah ini sekali gus membuktikan peranan institusi pendidikan di bawah KETENGAH dalam memperkasa modal insan serta menyokong agenda pembangunan wilayah secara mampan dan berterusan. – UMNO Online
Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.