Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor

Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor

Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Kerjasama strategik Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan industri akan diperluaskan merentasi pelbagai sektor, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Dr Zambry yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, usaha tersebut penting untuk memastikan keseimbangan antara keperluan industri dengan pembekalan bakat.

“Antara agenda utama dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 ialah memperkukuh kerjasama strategik antara universiti atau IPT dengan industri, tanpa mengira bentuk kolaborasi yang dilaksanakan.

“Usaha ini amat penting kerana kedua-dua sektor saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain, khususnya dalam memastikan keseimbangan antara keperluan industri dengan pembekalan bakat serta kepakaran yang relevan.

“Pada Khamis saya berbesar hati menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Eksklusif antara Neura Sdn Bhd (Anak Syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd) dan Colla Connecting Edge Sdn Bhd,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID


Mengulas lanjut, beliau berharap agar kerjasama tersebut bakal memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan masyarakat dan kemajuan negara.

Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor

“Majlis ini turut disempurnakan sempena inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memilih Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai projek perintis nasional bagi pembangunan model kampus berhubung serta ekosistem kampus pintar.

“Model ini diharap dapat menjadi penanda aras sebelum diperluaskan ke seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

“Saya berharap kerjasama strategik antara IPT dan industri seperti ini akan terus diperluaskan merentasi pelbagai sektor, sekali gus memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan masyarakat serta kemajuan negara,” katanya lagi. – UMNO Online

Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker