Zulharisam sudah tiada
Zulharisam sudah tiada

Kuala Terengganu: Bekas kapten skuad bola sepak Terengganu, Zulharisam Awang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Wakaf Baharu, Gong Badak pada petang tadi akibat penyakit usus dan hati.
Berita sedih buat seluruh peminat bola sepak negeri dan negara itu dikongsikan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya sebentar tadi ketika dihubungi.
Terdahulu pada tengah hari tadi, bekas kapten Terengganu itu yang membantu skuad Penyu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah negeri pada 2001 di bawah kendalian Mat Zan Mat Aris selepas menewaskan Perak 2-1 dimasukkan ke HSNZ akibat tekanan oksigen berkurangan.
“Tengah hari tadi, Allahyarham Zulharisam dimasukkan ke HSNZ akibat tekanan oksigen berkurangan sebelum dimasukkan ke zon merah.
“Bagaimanapun pada 6.20 petang ini kami dikejutkan dengan berita sedih pemergian seorang legenda bola sepak negeri yang berjaya membantu Terengganu muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
“Setakat ini saya belum mendapat makluman rasmi daripada pihak hospital berhubung punca kematiannya, bagaimanapun sebelum ini ketika menziarahinya, arwah memaklumkan ususnya bocor selain masalah hati, paru-paru dan tulang belakang.
“Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan insan beriman lebih-lebih lagi meningggal dunia pada petang Jumaat,” ujar Ahmad Shahrizal yang ternyata terkejut dengan berita sedih itu.
Sementara itu bekas rakan sepasukan, Tengku Alias Tengku Ibrahim berkata, Allahyarham Zulharisam, 51, dimasukkan ke HSNZ kerana oksigen terlalu rendah dan hanya mengharapkan bantuan mesin berkenaan.
“Allahyarham akan disolatkan di Masjid Bakti, Gong Badak selepas solat Jumaat pada esok sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Batu Enam, Kuala Nerus selepas itu,” katanya.
Berdasarkan rekod, Allahyarham Zulharisam yang bekerja sebagai Pembantu Khidmat Am di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak juga bergelar jurulatih skuad Liga IPT universiti berkenaan.
Zulharisam sudah tiada
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.