Tentera Perancis rampas lebih 4 tan kokain, bebaskan kru kapal
Tentera Perancis rampas lebih 4 tan kokain, bebaskan kru kapal

PARIS – Tentera laut Perancis merampas 4.25 tan kokain dari sebuah kapal di Laut Pasifik Selatan, kata beberapa pegawai semalam.
Kapal dari Amerika Tengah dan dipercayai menuju ke Afrika Selatan itu dipintas di wilayah Polinesia Perancis, kata Suruhanjaya Tinggi Perancis di wilayah pulau tersebut.
Kargonya dimusnahkan di laut, jauh dari zon ekonomi Polinesia dan kawasan perlindungan marin, kata seorang pegawai kepada AFP.
Pejabat pendakwa raya tidak mengenakan pertuduhan untuk tidak membebankan mahkamah tempatan dengan kes pengedaran dadah yang mana Polinesia Perancis bukan destinasinya.
Suruhanjaya tinggi sama berkata, kapal itu dan krunya pula dibebaskan di bawah undang-undang antarabangsa.
Pada bulan lepas, Tentera Laut Perancis merampas hampir lima tan kokain, dipercayai menuju ke Australia, dari sebuah kapal nelayan, juga dekat Polinesia Perancis.
Sejumlah besar dadah diangkut dari Amerika Utara dan Selatan untuk pasaran Australia dan New Zealand, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan Polinesia Perancis terletak di laluan maritim tersebut. – AFP
Tentera Perancis rampas lebih 4 tan kokain, bebaskan kru kapal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.