Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti

Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti

Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah berbesar hati merasmikan Bengkel Pemprosesan Makanan Industri Asas Tani (IAT), dalam memberi sokongan terhadap pembangunan industri tempatan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang mengharapkan bengkel tersebut memberikan manfaat dalam memperluas pemasaran perniagaan.

“Saya bersama Jabatan Pertanian Kluang serta Tok Naz Ketua Kampung Baru & Iskandar AJK Bahagian telah pergi ke Kampung Sembrong Lapis bagi merasmikan Bengkel Pemprosesan Makanan Industri Asas Tani (IAT).

“Tahniah kepada Puan Nadiah Muhammad Merajok dan suami kerana telah berjaya mendapatkan bengkel ini bagi meningkatkan lagi proses pengeluaran jualan karipap pusar beliau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar


Sementara itu, beliau turut berkesempatan meninjau pelbagai projek pembangunan infrastruktur di kawasan itu sebelum menghadiri Mesyuarat Pra- Mesyuarat Tindakan DUN (MTD).

Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti

“Dalam perjalanan untuk pergi ke Kilang Wak Tunot, saya bersama dengan Tok Naz sempat melihat kerja-kerja di kawasan pembinaan Jambatan Kampung Baru.

“Seterusnya,saya ke Kilang Wak Tunot bagi melihat perkembangan kilang tersebut.Saya doakan agar perniagaan orang kita ini terus berjaya dan kekal sukses.

“Pada belah petang, saya ke Pejabat Daerah bagi menghadiri Mesyuarat Pra-MTD. Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancer,” ujar beliau.

Turut bersama dalam mesyuarat tersebut Exco Kerajaan Negeri Johor, Ling Ti Han dan Pegawai Daerah Kluang, Azurawati Wahid. – UMNO Online

Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker