Stesen minyak hilang sekelip mata
Stesen minyak hilang sekelip mata

KAHERAH – Sekurang-kurangnya dua orang cedera selepas sebuah stesen minyak ditelan lubang benam gergasi sedalam 15 meter yang muncul secara tiba-tiba di Mesir, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Kaherah, baru-baru ini.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan stesen minyak itu ‘disedut’ ke dalam kawah dengan orang ramai berlari dalam keadaan panik untuk menyelamatkan diri.
Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan berada di dalam premis semasa kejadian.
Mangsa cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, lapor media tempatan.
Siasatan awal mendapati lubang terbentuk akibat kerja penggalian di tapak pembinaan berdekatan.
Siasatan masih giat dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. – AGENSI
Stesen minyak hilang sekelip mata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.