Sindiket ‘Badul’ kaut RM1 juta setahun hasil jual kuota warga asing tumpas, 9 ditahan
Sindiket ‘Badul’ kaut RM1 juta setahun hasil jual kuota warga asing tumpas, 9 ditahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menumpaskan kegiatan sindiket ‘Badul’ yang mengaut untuk hampir RM1 juta hasil penjualan kuota pekerja asing kepada pihak ketiga.
Kegiatan mereka terbongkar susulan serbuan Ops Serkap dijalankan di sebuah premis sekitar Jalan Desa Pandan, di sini semalam yang membawa penahanan lapan lelaki Bangladesh dan seorang wanita Indonesia disyaki terbabit kegiatan itu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata siasatan awal mendapati syarikat terbabit menyalahgunakan kelulusan kuota pekerja asing yang diberikan khusus untuk kegunaan syarikat sendiri dengan menjual, memindahkan dan mengagihkan tenaga kerja asing kepada pihak ketiga tanpa kelulusan pihak berkuasa.
“Setiap urusan dikenakan bayaran bermula RM3,000 ke RM8,000 bagi setiap permohonan, sekali gus memperlihatkan unsur komersialisasi dan pemerdagangan tenaga kerja asing secara terancang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
Tambah beliau, syarikat terbabit disyaki menyediakan surat cuti palsu kepada pekerja terbabit sebagai alasan untuk warga asing memperdaya pihak berkuasa sekiranya mereka ditahan ketika berada di kawasan lain, selain didaftarkan pada dokumen pekerjaan mereka.
“Syarikat ini juga menguruskan pembebasan pekerja asing yang ditangkap oleh pihak berkuasa dengan mengenakan bayaran tertentu, seolah-olah undang-undang boleh dirunding dan dibeli.
“Mereka turut bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pembaharuan pas kerja dan visa dengan bayaran tertentu, tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya mengesahkan sindiket itu aktif di seluruh Semenanjung.
Zakaria berkata, kegiatan sindiket mencerminkan satu bentuk penyalahgunaan sistem imigresen secara terancang yang menindas pekerja asing, selain turut mengancam kedaulatan negara.
Susulan serbuan itu, katanya pihaknya merampas masing-masing 20 keping pasport Indonesia dan Bangladesh, lima keping pasport Pakistan dan satu India.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
“Turut disita, 497 keping i-Kad pekerja asing, 38 keping kad CIDB, wang tunai kira-kira RM13,000 dan pelbagai dokumen serta peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses permohonan pekerja asing secara tidak sah.
“Semua warga asing ditahan berusia 26 hingga 61 dihantar ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.
Menurutnya, dua pekerja warga tempatan yang berada di premis ketika serbuan diberikan notis hadir ke pejabat bagi membantu siasatan lanjut.
Sindiket ‘Badul’ kaut RM1 juta setahun hasil jual kuota warga asing tumpas, 9 ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.