Pemain muda berbakat pastikan Liverpool kukuh untuk jangka masa panjang
Pemain muda berbakat pastikan Liverpool kukuh untuk jangka masa panjang

Liverpool: Pengambilan pemain muda berbakat oleh Liverpool akan memastikan kelab itu berada pada kedudukan kukuh untuk jangka masa panjang, menurut pengurus Arne Slot, hari ini.
The Reds kini berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas permulaan yang sukar di Anfield bagi beberapa pemain baharu, susulan perbelanjaan hampir £450 juta (RM2.41 bilion) dalam jendela perpindahan musim panas lalu.
Pertahanan muda Perancis yang dinilai tinggi, Jeremy Jacquet, turut akan menyertai kelab pada awal musim depan selepas Liverpool bersetuju dengan perjanjian bernilai sehingga £60 juta (RM321 juta) bersama Rennes bagi pemain berusia 20 tahun itu.
“Dia bakat besar dan satu lagi contoh model yang kami gunakan di kelab ini,” kata Slot. “Pemain muda, sangat berbakat, ada yang baru memulakan kerjaya dan ada juga sudah beberapa tahun bermain tetapi semuanya pemain muda yang boleh meningkatkan pasukan dalam jangka pendek dan pastinya dalam jangka panjang.
“Kami menandatangani ramai pemain seperti ini kebelakangan ini dan masa depan kelab ini, sama ada jangka sederhana atau panjang, malah jangka pendek sekali pun, berada dalam keadaan yang sangat baik.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
Hugo Ekitike dan Florian Wirtz merupakan dua pembelian mahal Liverpool yang kini mula memberikan pulangan daripada hampir £200 juta (RM1.07 bilion) yang dibelanjakan untuk membawa mereka dari Bundesliga.
Ekitike menjaringkan dua gol ketika menang 4-1 ke atas Newcastle hujung minggu lalu, menjadikan jumlah golnya musim ini 15, manakala Wirtz menjaringkan enam gol dalam 10 perlawanan sejak menamatkan penantian 22 perlawanan untuk gol pertamanya bersama Liverpool.
“Sebagai pengurus, walaupun seseorang pemain bergelut sedikit pada permulaan, anda perlu terus menurunkannya kerana itulah satu-satunya cara untuk dia meningkat,” kata Slot mengenai penyesuaian Wirtz dalam EPL.
“Dia tidak banyak meningkat dari segi penguasaan bola kerana sejak awal lagi dia sudah istimewa. Mungkin sekarang dia mempunyai hubungan yang lebih baik dengan rakan sepasukan kerana mereka semakin kerap bermain bersama.
“Tanpa bola adalah aspek yang saya lihat paling banyak peningkatan daripadanya, dan juga beberapa pemain lain, dan gabungan itu yang menjadikan anda bersedia untuk Liga Perdana.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Liverpool akan menerima kunjungan Manchester City pada Ahad dalam perlawanan yang membawa implikasi besar terhadap perebutan kejuaraan liga dan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan.
City ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal, dan boleh ketinggalan sehingga sembilan mata menjelang sepak mula jika Arsenal menewaskan Sunderland pada Sabtu.
Liverpool pula berpotensi berada empat mata di luar kelompok lima teratas yang dijangka layak ke Liga Juara-Juara sekiranya Manchester United dan Chelsea mencatat kemenangan pada Sabtu.
Slot bertekad untuk menebus kekecewaan selepas kekalahan 0-3 kepada City pada November lalu.
“Mereka adalah pasukan yang lebih baik ketika itu dan kami mahu menunjukkan sisi yang berbeza kali ini,” katanya.
Pemain muda berbakat pastikan Liverpool kukuh untuk jangka masa panjang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.