Pei Kee mahu tinggalkan BAM?
Pei Kee mahu tinggalkan BAM?

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Go Pei Kee mencetuskan persoalan apabila dikatakan bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Perkara itu timbul selepas Pei Kee memuat naik satu status di akaun Instagram miliknya yang memberi bayangan seolah-olah akan berpisah dengan badan induk berkenaan.
Malah, difahamkan pemain berusia 24 tahun itu juga sudah menghantar surat rasmi kepada BAM.
Namun, Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky, menegaskan setakat ini beliau belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung hasrat pemain itu.
“Belum ada apa-apa secara rasmi. Setakat ini, tiada surat dan tiada pengesahan. Apa yang kita lihat hanyalah di media sosial dan kita tidak tahu maksud sebenar di sebaliknya,” kata Rexy.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
Dalam perkembangan sama, Rexy tidak menolak kemungkinan satu pertemuan akan diadakan antara Pei Kee dan pihak pengurusan BAM, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Prestasi, Datuk Seri Lee Chong Wei, bagi mendapatkan penjelasan lanjut, namun menegaskan sebarang keputusan hanya akan dibuat menerusi saluran rasmi.
Terdahulu, Pei Kee memuat naik video pendek bersama kapsyen berunsur ‘galau’ yang memberi pelbagai tafsiran kepada peminat, sekali gus seakan-akan berteka-teki mengenai masa depannya.
Sebelum ini, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bergandingan dengan Teoh Mei Xing selepas merasakan mereka tidak lagi mampu melangkah lebih jauh bersama.
Susulan itu, barisan jurulatih negara membuat keputusan menggandingkan Mei Xing bersama pemain remaja, Tan Zhing Hui manakala Pei Kee pula akan bergandingan dengan Cheng Su Hui bagi dua kejohanan di Singapura iaitu Cabaran Antarabangsa Singapura 2026 (24 Februari hingga 1 Mac) dan Siri Antarabangsa Singapura 2026 (3 hingga 8 Mac).
Sebagai rekod, gandingan Pei Kee–Mei Xing mula bergandingan pada Jun 2024 dan pernah mencatat pencapaian terbaik apabila melonjak ke ranking ke-18 dunia, selain meraih satu kejuaraan menerusi kemenangan di Malaysia Super 100 2024.
Pei Kee mahu tinggalkan BAM?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.