Pegang parang, tunjuk isyarat lucah: Polis sudah kenalpasti suspek

Pegang parang, tunjuk isyarat lucah: Polis sudah kenalpasti suspek

Pegang parang, tunjuk isyarat lucah: Polis sudah kenalpasti suspek
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad pada sidang media di Ipoh, hari ini. – Foto NSTP/L Manimaran

IPOH: Polis mengenal pasti lelaki tempatan terlibat dalam insiden memegang parang dan menunjukkan isyarat lucah, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah digerakkan untuk mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek berada di dalam sebuah kenderaan semasa rakaman dibuat dengan memegang sebilah parang. Dipercayai insiden itu berlaku di sekitar Pekan Baru di Ipoh.

“Parang itu tidak digunakan sebagai senjata untuk melakukan apa-apa serangan namun perbuatan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam yang menonton video berkenaan,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Ipoh di sini, hari ini.

Abang Zainal berkata hasil semakan ke atas video berdurasi 25 saat itu mendapati individu sama turut menunjukkan isyarat lucah kepada pihak yang menegur tindakannya, sekali gus mencetuskan reaksi negatif di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID


“Siasatan sedang dijalankan. Kami jangka kes ini dapat diselesaikan hari ini juga,” katanya, sambil menambah bagaimanapun sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung video tular itu.

Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Pegang parang, tunjuk isyarat lucah: Polis sudah kenalpasti suspek

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker