NASA tunda lagi misi ke Bulan
NASA tunda lagi misi ke Bulan

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunda penerokaan Bulan ekoran kebocoran bahan api semasa percubaan misi Artemis II, lapor akhbar Metro UK semalam.
“Bagi membolehkan pasukan kami menyemak data dan menjalankan ‘raptai basah’ kedua, NASA menyasarkan bulan Mac sebagai peluang pelancaran terawal untuk misi Artemis II,” kata agensi berkenaan di platform X.
Semalam, pasukan jurutera mengisi tangki propelan roket dengan hidrogen cecair dan oksigen cecair.
NASA berkata, ‘raptai basah’ itu adalah untuk mengenal pasti sebarang masalah yang boleh berlaku semasa mengisi tangki roket.
Misi pertama ke Bulan dalam tempoh 53 tahun sepatutnya berlaku selewat-lewatnya 6 Februari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
Namun, ia ditangguhkan selama dua hari disebabkan cuaca buruk yang bermaksud, ujian pengisian bahan api tidak dapat berlaku.
“Faktor tambahan adalah termasuk kerja penutupan Orion yang berpanjangan, gangguan berulang kali audio darat dan kesan cuaca sejuk pada beberapa kamera, berserta demonstrasi prosedur pembersihan penutupan Orion yang dikemas kini untuk menyokong operasi kru yang selamat.
“Seperti dinyatakan di atas, kami hanya akan melancarkan Artemis II apabila kami percaya kami bersedia untuk melaksanakan misi bersejarah ini,” kata pentadbir NASA, Jared Isaacma.
Artemis II akan menyaksikan roket gergasi membawa kapal angkasa Orion ke dalam gugusan bintang untuk pusingan 10 hari mengelilingi Bulan.
Kapsul itu bagaimanapun tidak akan mendarat di bulan sebaliknya akan kembali ke Bumi di Lautan Pasifik. – AGENSI
NASA tunda lagi misi ke Bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.