Malaysia tewas tipis 2-3 di tangan Indonesia

Malaysia tewas tipis 2-3 di tangan Indonesia

Malaysia tewas tipis 2-3 di tangan Indonesia
JUSTIN beri mata pertama buat skuad negara. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Skuad berpasukan lelaki negara hampir mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan, Indonesia namun terpaksa akur tewas 2-3 dalam perlawanan kedua Kumpulan D Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Qingdao, China, hari ini.

Dalam perlawanan itu, Malaysia bermula langkah kanan apabila meraih dua mata pertama menerusi pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh yang mempamerkan persembahan meyakinkan berbanding semalam untuk menang straight set ke atas Moh Zaki Ubadillah 21-16, 21-19.

Beregu utama negara di BATC, Arif Junaidi–Yap Roy King turut cemerlang meskipun perlu bertungkus lumus dalam pertarungan tiga set sebelum mengesahkan kemenangan 21-13, 12-21, 21-13 ke atas pasangan ke-16 dunia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana dalam masa 50 minit.

Selepas selesa mendahului 2-0, pemain perseorangan kedua negara, Eogene Ewe diletakkan harapan untuk memastikan kemenangan ketiga negara sekali gus mengesahkan status juara kumpulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID


Namun, perkara itu tidak terjadi biarpun beliau berjaya bangkit pada set kedua tetapi apabila tahap kecergasan menjadi penghalang buat dirinya di ruber set dan terpaksa akur tewas kepada Prahdiska Bagas Shujiwo 12-21, 21-14, 15-21 dalam pertarungan selama 63 minit.

Gandingan muda Indonesia, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas bangkit menewaskan Haikal Nazri–Chong Hon Jian 16-21, 21-11, 21-19.

Dalam aksi terakhir yang juga perlawanan penentuan, pemain berpengalaman Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dipaksa bekerja keras dan hampir dikejutkan sebelum mengesahkan kemenangan ke atas wakil perseorangan ketika negara, Kong Wei Xiang 21-17, 13-21, 21-16.

Biarpun tewas, pujian harus diberikan kepada pemain muda itu kerana menunjukkan tahap keyakinan tinggi serta memiliki kepelbagaian dalam melakukan serangan.

Malaysia bakal menanti juara kumpulan di suku akhir esok bagi merebut slot ke separuh akhir.

Sementara itu, skuad berpasukan wanita akan berdepan tugas sukar apabila dijadualkan menentang Korea Selatan pada pusingan lapan terbaik.

Malaysia tewas tipis 2-3 di tangan Indonesia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker