Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China sedang merangka penubuhan Malaysia-China Institute (MCI) sebagai platform strategik memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibincangkan dalam sesi pertemuan beliau bersama Duta Besar China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing, yang turut menyentuh kerjasama strategik melibatkan pembangunan modal insan.

“Penubuhan Malaysia-China Institute ini berpotensi menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh pertukaran pengetahuan, kepakaran dan latihan antara institusi Malaysia dan China, khususnya dalam bidang TVET berimpak tinggi dan bernilai tambah tinggi,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan hal terbabit.

Menurut beliau, pada peringkat awal, MCI akan beroperasi menggunakan kemudahan GIATMARA sedia ada di Bagan Datuk sebelum sebuah kampus tetap dibangunkan di atas tanah seluas 60 ekar.

“Institut ini disasarkan mampu menampung sehingga 2,000 pelajar dengan tumpuan kepada bidang high-growth, high-value bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar


Jelasnya, kerjasama yang dirancang merangkumi pembangunan tenaga kerja mahir, latihan pengajar (training of trainers), sokongan peralatan serta kemahiran teknikal termasuk penghantaran tenaga pengajar bahasa Mandarin dari China ke MCI.

“Sebanyak 18 bidang TVET telah dikenal pasti untuk pelaksanaan awal, antaranya melibatkan bidang automotif, kenderaan elektrik (EV), automasi industri, tenaga
solar, robotik, Internet of Things (IoT) serta agroteknologi.

“Sebagai langkah ke hadapan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama di samping melaksanakan program mobiliti pelajar dan tenaga pengajar dalam sektor-sektor berimpak tinggi bagi menyokong pembangunan bakat dan keperluan industri masa hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker