Lima pemain import baharu sandaran NSFC lonjak prestasi

Lima pemain import baharu sandaran NSFC lonjak prestasi

Lima pemain import baharu sandaran NSFC lonjak prestasi
LUQMAN Hakim Shamsudin (kanan) antara pemain yang turut menjadi sandaran NSFC dalam pertembungan dengan Selangor FC, Ahad ini. FOTO NSFC

Seremban: Kehadiran lima pemain import baharu ke dalam pasukan ketika sesi perpindahan kedua mampu membantu meningkatkan prestasi skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) menjelang pertembungan dengan Selangor FC (SFC) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Ahad ini.

Harapan tinggi itu diluahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri merangkap Ahli Lembaga Pengarah NSFC, Datuk Mustapha Nagoor, selepas menyaksikan skuad berkenaan dilihat gagal mengekalkan rentak terbaik apabila ke cundang kepada Kuching City FC, dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu.

“Pasukan tidak konsisten dalam mempertahankan rentak terbaik berdasarkan keputusan beberapa perlawanan.

“Selepas menang ke atas Imigresen FC untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, kita tidak dapat kekalkan rentak itu dalam liga apabila tewas kepada Kuching City.

“Saya berharap NSFC dapat memperbaiki prestasi mereka pada saingan suku akhir Piala Malaysia ini bagi memenuhi harapan tinggi peminat dan penyokong yang mahukan pasukan tampil dengan aksi lebih agresif dan berkualiti tinggi ke atas Selangor, nanti,” kata Mustapha hari ini.

Terdahulu, Negeri Sembilan FC membawa masuk lima pemain import baharu iaitu Kei Oshiro dan Yuichi Hirano (Jepun), Muhammad Amirul Adli Azmi (Singapura), Oday Kharoub (Palestin) dan pemain kacukan Malaysia-England-Gambia, Anuar Ceesay.

Lima pemain import baharu sandaran NSFC lonjak prestasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker