Lelaki maut jatuh pokok petai
Lelaki maut jatuh pokok petai

BALING: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ketika sedang mengait petai di sebuah kebun getah di Kampung Bukit Hijau, di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 12.12 tengah hari.
“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran pokok petai di kebun milik bapa saudaranya.
“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.
Brandon berkata, pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk proses bedah siasat.
Lelaki maut jatuh pokok petai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.