KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited memastikan penyelarasan maklumat penerima bantuan dan program keusahawanan di semua agensi dilaksanakan secara bersepadu untuk mengelakkan pertindihan serta meningkatkan kecekapan penyampaian bantuan kepada usahawan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin.
Menurut beliau, usaha tersebut dilaksanakan menerusi pelbagai mekanisme sedia ada termasuk penyelarasan antara kementerian dan agensi kerajaan untuk memastikan intervensi pembangunan keusahawanan dapat disasarkan dengan lebih berkesan.
“Bagi menyelaras maklumat program keusahawanan yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi, KUSKOP melalui SME Corp. telah melaksanakan Pelan Tindakan Bersepadu PMKS atau SME Integrated Plan of Action (SMEIPA) sejak tahun 2006.
“SMEIPA berperanan sebagai rujukan utama Kerajaan dalam melaporkan serta menyelaras pelaksanaan program pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Jelasnya, lima bidang tumpuan utama di bawah SMEIPA merangkumi akses kepada pembiayaan, pembangunan modal insan, penerapan teknologi dan inovasi, akses kepada pasaran serta infrastruktur.
“Berdasarkan Laporan SMEIPA 2025, sebanyak 349 program pembangunan keusahawanan dan PMKS telah dilaksanakan dengan penglibatan 15 kementerian, 56 agensi serta 13 kerajaan negeri.
“Inisiatif tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM30.34 bilion dan telah memberi manfaat kepada seramai 613,511 PMKS di seluruh negara,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Alamin berkata, untuk mengelakkan pertindihan program dan memastikan keberkesanan perbelanjaan dana kerajaan, pencapaian pelaksanaan program di bawah SMEIPA turut dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
“Pemantauan pelaksanaan inisiatif ini juga diperkukuhkan menerusi penubuhan Sekretariat MPUPK (SEK-MPUPK) yang turut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa KUSKOP telah membangunkan Sistem Pemantauan Program Keusahawanan atau Entrepreneur Programme Monitoring System (EPMS) sebagai sistem pelaporan berpusat untuk memantau prestasi program keusahawanan secara masa nyata.
“EPMS membolehkan pemantauan pelaksanaan program dan inisiatif keusahawanan di peringkat kementerian serta agensi-agensi di bawah KUSKOP dilaksanakan dengan lebih sistematik dan telus,” katanya.
Selain itu, beliau berkata KUSKOP juga akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembangunan Repositori Usahawan Nasional (RUN) pada tahun 2026 bagi meneliti integrasi sistem pangkalan data sedia ada di semua agensi di bawah kementerian tersebut.
“Usaha ini bertujuan membentuk satu hab data pusat yang komprehensif bagi memperkukuh perancangan, pemantauan dan keberkesanan dasar pembangunan keusahawanan negara,” katanya. – UMNO Online
KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.