Kereta langgar tembok sekolah, selepas pemandu terlelap

Kereta langgar tembok sekolah, selepas pemandu terlelap

Kereta langgar tembok sekolah, selepas pemandu terlelap
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa. – Foto fail Buletin TV3

KUALA LUMPUR: Akibat terlelap, kereta dipandu seorang lelaki berusia 40-an merempuh tembok pagar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Tamil) Saraswathy di Jalan Kampung Pasir, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata, kejadian kira-kira jam 1.50 pagi ketika lelaki itu dalam perjalanan dari arah Pantai Dalam menghala ke Jalan Klang Lama.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu lelaki itu dipercayai terlelap ketika memandu sebelum kenderaan terbabit terbabas dan merempuh tembok batu pagar di sebelah kiri sekolah berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, tembok pagar sekolah mengalami kerosakan namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu atau orang awam.

“Pemandu terbabit sudah tampil ke balai polis untuk membuat laporan dan memberi keterangan lanjut bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID


Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kereta langgar tembok sekolah, selepas pemandu terlelap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker