Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Kerajaan menilai tahap pembangunan sosioekonomi dan ketidaksamarataan pendapatan negara secara menyeluruh dengan menggunakan pelbagai pengukuran serta petunjuk untuk memastikan perancangan pembangunan yang lebih tepat dan berkesan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Menurut beliau, selain pekali Gini, kerajaan turut menggunakan beberapa metrik lain seperti Indeks Theil, Indeks Atkinson, Nisbah Serakan Persentil dan Nisbah Palma untuk memberikan gambaran yang lebih luas dan mendalam berkaitan jurang agihan pendapatan di Malaysia.
“Semua analisis ini adalah berdasarkan data daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan digunakan sebagai asas penting dalam merangka dasar pengagihan serta pembangunan negara.
“Statistik terkini Laporan Ketidaksamarataan Pendapatan HIES 2024 menunjukkan pekali Gini menurun kepada 0.390 mata pada tahun 2024 berbanding 0.404 mata pada tahun 2022, sekali gus mencerminkan trend jurang agihan pendapatan yang semakin mengecil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
“Pekali Gini ini mengukur pemusatan pendapatan melalui keluk Lorenz, namun untuk mendapatkan analisis yang lebih komprehensif, kerajaan turut meneliti Indeks Theil yang membolehkan ketidaksamarataan dihuraikan kepada komponen dalam kumpulan dan antara kumpulan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, perbandingan Indeks Theil antara tahun 2022 dan 2024 menunjukkan penurunan ketara bagi pendapatan isi rumah kasar, iaitu daripada 0.303 kepada 0.287, yang menggambarkan pengurangan ketidaksamarataan merentas pelbagai kategori pendapatan.
“Indeks Atkinson mengambil kira kepekaan masyarakat terhadap jurang pendapatan khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, sekali gus membantu kerajaan menilai kesan dasar pengagihan secara lebih berfokus.
“Selain itu, Nisbah Serakan Persentil dan Nisbah Palma digunakan untuk membandingkan pendapatan kumpulan teratas dan terbawah, sekali gus membolehkan ketidaksamarataan ekonomi dinilai dari sudut yang lebih praktikal dan realistik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
“Secara keseluruhan, semua indikator ketidaksamarataan pendapatan menunjukkan trend menurun yang konsisten dari tahun 2022 hingga 2024, sekali gus mencerminkan keberkesanan dasar dan intervensi Kerajaan dalam mengurangkan jurang pendapatan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mohd Shahar berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030, kerajaan turut memperkenalkan Indeks Komposit Pembangunan Malaysia (IKPM) sebagai pendekatan baharu untuk memperkukuh perancangan dan tadbir urus pembangunan wilayah.
“IKPM merangkumi lima komponen utama iaitu fizikal dan spatial, ekonomi, sosial, alam sekitar serta tadbir urus, sekali gus membolehkan kerajaan menilai perbezaan pembangunan secara lebih holistik dan tidak terhad kepada pendapatan serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata.
“Penggunaan pelbagai indikator ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membuat keputusan berasaskan data kukuh, demi memastikan pembangunan yang lebih inklusif, seimbang dan mampan untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi. – UMNO Online
Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.