Kemalangan maut 3 kenderaan di KM433 Lebuh Raya Utara Selatan, ini dipercayai puncanya
Kemalangan maut 3 kenderaan di KM433 Lebuh Raya Utara Selatan, ini dipercayai puncanya

SHAH ALAM: Kemalangan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 433.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Hulu Selangor awal pagi tadi yang menyebabkan seorang maut manakala lapan cedera, dipercayai berpunca daripada bas ekspres melanggar belakang treler.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata kemalangan itu membabitkan bas ekpres dipandu lelaki berusia 39 tahun membawa 22 penumpang, sebuah treler membawa muatan ikan dan lori membawa muatan semikonduktor.
“Siasatan mendapati bas dari Alor Star, menuju ke Kuala Lumpur berada di lorong kiri dan setibanya di lokasi melanggar belakang treler dipandu lelaki berusia 43 tahun.
“Insiden mengakibatkan treler terbabas ke lorong kanan. Kemudian datang lori dipandu lelaki berusia 37 tahun bersama kelindannya berumur 39 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
“Lori yang berada di lorong kiri mengelak bas yang terbabit kemalangan lalu melanggar belakang treler yang melintang di lorong tengah dan kanan,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan seorang maut manakala lapan cedera dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata mangsa adalah pemandu lori 10 tan milik sebuah syarikat keselamatan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.12 pagi sebelum sepasukan 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan Rawang bergegas ke lokasi kejadian.
Ibrahim berkata, akibat nahas pemandu lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit sebelum dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Katanya, mereka yang cedera adalah pemandu bas dan treler, selain kelindan lori dan lima penumpang bas.
“Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan susulan manakala penumpang bas yang tidak cedera dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menggunakan bas gantian,” katanya.
Ibrahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammadi Mt Abu di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kemalangan maut 3 kenderaan di KM433 Lebuh Raya Utara Selatan, ini dipercayai puncanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.