JDT ikat Nam Dinh 1-1
JDT ikat Nam Dinh 1-1

Kuala Lumpur: Impian peminat bola sepak tanah air untuk melihat dua wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor bertembung di pusingan separuh akhir Kejuaraan Kelab Asean (ACC) tidak kesampaian.
Ia susulan JDT terikat 1-1 dengan kelab Vietnam, Nam Dinh dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Thien Truong, sebentar tadi, sekali gus menamatkan saingan kumpulan selaku naib juara.
JDT yang merekodkan tiga kemenangan dan dua seri mengumpul 11 mata, dua mata di belakang Nam Dinh yang mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan B.
Skuad Harimau Selatan akan menentang gergasi Thailand, Buriram United yang muncul juara Kumpulan A, manakala Selangor berdepan Nam Dinh pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 13 Mei ini.
JDT ikat Nam Dinh 1-1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.