‘Geng Boy Arau’ tumpas: Polis tembak tayar selepas dalang cuba rempuh anggota
‘Geng Boy Arau’ tumpas: Polis tembak tayar selepas dalang cuba rempuh anggota

ARAU: Polis menumpaskan ‘Geng Boy Arau’ yang disyaki mendalangi kegiatan pecah rumah dan curi kereta sejak sebulan lalu, dengan tertangkapnya empat anggota kumpulan itu termasuk dalangnya dikenali ‘Boy’.
Malah, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ketika cuba menahan dalang berusia 47 tahun itu, selepas suspek bersama seorang rakan memecut kenderaan sehingga cuba merempuh polis.
Selain Boy, tiga lagi suspek termasuk seorang wanita yang juga isterinya masing-masing ditahan dalam serbuan berasingan melalui Op Lejang/ Pintu sepanjang tempoh dua hari sejak semalam di sekitar daerah ini dan juga Alor Setar di Kedah.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pihaknya pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun sekitar jam 7.50 malam semalam di tepi jalan di Taman PKNK di Alor Setar berhubung satu laporan kehilangan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di Arau pada Januari lalu, dengan kereta itu turut ditemui di lokasi kejadian.
Siasatan ke atas suspek membawa polis kepada ketua kumpulan yang juga perancang kecurian kereta itu yang bekerja di sebuah kafe di sebuah universiti di Arau, namun suspek gagal ditemui.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Bagaimanapun, katanya ketika mahu beredar, anggota terserempak suspek memandu kereta jenis Perodua Alza bersama seorang lelaki dan ketika cuba ditahan, suspek bertindak agresif.
“Tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar hadapan Perodua Alza, memaksa suspek menghentikan kenderaan kerana tayar pancit dan pecah di kawasan Taman Bersatu di Jalan Batas Liku, Arau kira-kira empat kilometer dari kawasan kampus universiti.
“Suspek utama melarikan diri di sekitar kawasan semak samun taman perumahan, namun rakannya berusia 27 tahun ditahan di lokasi,” katanya.
Ahmad Mohsin berkata hasil soal siasat ke atas suspek kedua itu membawa polis ke lokasi ketiga sekitar jam 12.45 tengah malam hari ini di sebuah rumah di Jalan Santan, Kangar di mana isteri suspek utama yang turut mempunyai kaitan dengan kegiatan kumpulan berkenaan ditahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
“Suspek utama mempunyai 12 rekod jenayah akhirnya dikesan dan ditahan sekitar jam 12.30 tengah hari ini berhampiran kediamannya.
“Dengan tertumpasnya kumpulan berkenaan, polis yakin menyelesaikan empat kes pecah rumah dan curi kereta di sekitar Arau sejak awal tahun ini.
“Tiga suspek pertama yang ditahan termasuk wanita kini direman untuk membantu siasatan, sementara suspek utama dijangka direman bermula esok,” katanya.
‘Geng Boy Arau’ tumpas: Polis tembak tayar selepas dalang cuba rempuh anggota
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.