Elyana Emrizal – Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan [VIDEO]
Elyana Emrizal – Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna di platform Instagram.
Menerusi hantarannya, Elyana menitipkan pesanan penting kepada orang ramai untuk tidak mudah menilai pengalaman seseorang tanpa memahami perjalanan sebenar mereka.
“Selamat Hari Kanser. Jangan pernah mengejek rasa sakit yang belum kau rasakan. Jangan pernah meremehkan beban siapa pun, kerana sabar mu dan mereka tidak sama. Kita semua membawa beban yang berbeza.”
MURAI percaya luahan yang penuh makna ini ‘lahir’ daripada pengalaman peribadi Elyana sendiri sebagai pejuang kanser limfoma tahap empat.
Apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rakan selebriti yang memuji kekuatan dan mendoakan kesihatan Elyana.
“Sending love and positive energy to you, insan hebat dan terpilih”, tulis Amylea Azizan.
“Allahuma robbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi la syifa’a lilla syifa’uka syifaan la yughadiru saqoman. Artinya: Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dari-Mu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi”, doa daripada Salina Saibi.
Untuk makluman semua, Elyana Emrizal menghidapi kanser limfoma tahap empat selama lebih 11 tahun, bermula pada tahun 2010. Ketika itu, dia diramalkan hanya mampu bertahan selama setahun, tetapi Elyana berjaya melawan penyakit itu dan disahkan bebas pada Disember 2011.
Namun selepas empat tahun bebas kanser, penyanyi itu dilihat kembali menjalani rawatan kemoterapi selepas sel kanser dikesan aktif semula.
Elyana Emrizal – Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.