Abang Tesla Tampil Bersuara [VIDEO]

Isteri Kedua Didakwa Tiru Tempat Percutian Isteri Pertama,

Abang Tesla Tampil Bersuara [VIDEO]

Abang Tesla Tampil Bersuara [VIDEO]

Pempengaruh, Abang Tesla tampil mempertahankan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi berhubung isu percutian ke destinasi yang sama dengan isteri pertamanya namun pada waktu berberlainan.

Penjelasan Abang Tesla

Abang Tesla Tampil Bersuara [VIDEO]

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Mohammad Khaliltizam Yusri menjelaskan perkara itu sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana dia yang membenarkan kedua-dua isterinya melancong ke negara China.

Saya bagi isteri saya berjalan di China dan sekarang timbul isu yang isteri (kedua) saya pergi China buat PS (personal shopper).

Kenapa nak timbulkan isu? Bila dia duduk diam, orang pertikai sebab duduk rumah goyang kaki. Jadi saya ajar dia buat PS cari duit.

Saya sudah lama tidak buka cerita tentang apa-apa.

Kata Abang Tesla, dia tidak menghalang para isterinya untuk keluar berjalan, asalkan mereka memaklumkan dan meminta izinnya terlebih dahulu.

Pada tahun ini saya nak fokus pada kedai saya dan ada target yang saya nak capai. Jadi, mereka nak berjalan atau buat PS itu terpulang.

Tidak perlu nak cakap pasal tiru-tiru.

Janji mereka tak kacau emosi saya untuk buat kerja, itu saja.

Sebelum ini, seorang individu membuat kenyataan secara umum tanpa menyatakan isteri kedua meniru destinasi percutian isteri pertama.

Meskipun tiada nama yang disebut, Abang Tesla tetap memberikan respons terhadap kenyataan itu.

Sumber: Threads

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker