Tunggang gajah diharamkan di Indonesia
Tunggang gajah diharamkan di Indonesia

JAKARTA – Indonesia mengharamkan aktiviti menunggang gajah, menjadikannya negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan sekatan itu demi menjaga kebajikan haiwan, lapor akhbar Arab News.
Negara tersebut yang menempatkan spesies terancam termasuk gajah Sumatera dan Borneo, pertama kali mengumumkan larangan itu pada Disember tahun lalu.
Larangan itu dibuat susulan gesaan meluas dengan kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan media sosial untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai lokasi yang masih menawarkan aktiviti sedemikian, terutamanya di Bali.
Semua pusat pemuliharaan di Bali termasuk Zoo Bali dan Mason Elephant Park & Lodge secara rasmi mengharamkan aktiviti tersebut pada akhir Januari, demikian menurut Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Bali.
“Terdapat permintaan tinggi daripada pengunjung dan pelancong yang tertarik dengan aktiviti tersebut walaupun cuma 10 hingga 15 minit.
“Namun, berdasarkan pemantauan terbaharu kami, kelima-lima pusat pemuliharaan di Bali mematuhi larangan dan tidak menawarkan aktiviti menunggang gajah kepada pengunjung,” kata ketua agensi berkenaan, kata Ratna Hendratmoko. – AGENSI
Tunggang gajah diharamkan di Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.