Skuad wanita negara tewas di tangan China, tetap mara ke suku akhir
Skuad wanita negara tewas di tangan China, tetap mara ke suku akhir

Kuala Lumpur: Skuad berpasukan wanita negara tewas mudah 1-4 kepada China dalam aksi tunggal Kumpulan W pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang berlangsung di Qingdao, China, hari ini.
Tumpuan lebih terarah kepada gandingan muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan yang mempamerkan permainan cemerlang dan menjadi satu-satunya pasangan meraih mata ke atas China.
Pada usia masih muda, corak permainan ditampilkan memberi harapan sinar buat beregu kedua negara itu untuk terus menyinar selepas mencatat kemenangan ke atas Luo Yi-Wang Ting Ge dalam permainan tiga set 13-21, 21-18, 21-17 dalam masa 65 minit.
K Letshanaa yang turun selaku wakil pertama negara dalam acara perseorangan wanita tewas straight set 18-21, 10-21 kepada Han Qian Xi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Beregu wanita negara, Carmen Ting-Ong Xin Yee pula jelas bukan tandingan beregu nombor empat dunia, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian selepas tewas mudah 10-21, 8-21.
Selepas ketinggalan 0-2 kepada tuan rumah, pemain perseorangan kedua wanita negara, Wong Ling Ching cuba untuk mendapatkan mata, namun tewas kepada Xu Wen Jing 14-21, 7-21 hanya dalam masa 29 minit.
Menutup aksi terakhir ialah Oo Shan Zi yang turut menerima nasib sama apabila gagal menyekat kemaraan pemain perseorangan ketiga China, Yuan An Qi selepas tewas 11-21, 11-21.
Meskipun tewas dalam perlawanan ini, Malaysia tetap mara ke suku akhir pada Jumaat ini selaku naib juara kerana hanya terdapat dua pasukan sahaja dalam Kumpulan W.
Skuad berpasukan wanita negara tewas mudah 1-4 kepada China dalam aksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.