Skuad lelaki negara mudah benam Myanmar, jumpa Indonesia esok
Skuad lelaki negara mudah benam Myanmar, jumpa Indonesia esok

Kuala Lumpur: Skuad lelaki negara menepati status untuk menang 5-0 ke atas Myanmar dalam aksi pertama Kumpulan D Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Qingdao, China, hari ini.
Malaysia memperoleh mata pertama menerusi Justin Hoh yang menewaskan Hein Htut 21-18, 21-19.
Dua lagi pemain perseorangan lelaki negara turut tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan masing-masing, sekali gus memberi kelebihan 3-0 kepada Malaysia. Eogene Ewe mengalahkan Nyah Shaine Lin 21-10, 21-14 dan Kong Wei Xiang mencatat kemenangan 21-11, 21-11 ke atas Lal Zuidika.
Momentum itu diteruskan oleh beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai yang cemerlang mencatat kemenangan straight set ke atas Nyah Shaine Lin-Phone Htet Zaw 21-11, 21-9.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
Malaysia akan menentang Indonesia pada perlawanan kedua, esok dan ia akan menjadi penentu pasukan mana akan muncul juara kumpulan.
Kedua-dua pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selepas masing-masing menewaskan Myanmar dalam perlawanan pertama.
Skuad lelaki negara mudah benam Myanmar, jumpa Indonesia esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.