RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dalam proses untuk memuktamadkan Rang Undang-Undang Jenayah Siber bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563].
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata penggubalan RUU Jenayah Siber ini bermatlamat bagi mengatasi kelompangan undang-undang sedia ada dalam menangani ancaman jenayah siber, sekali gus memperkasa keupayaan penguatkuasaan danmelindungi keselamatan siber negara serta hak pengguna di ruang digital.
“Insya-Allah dengan azam kita bertekad untuk membentangkan RUU ini pada sidang Parlimen tahun ini juga. RUU Jenayah Siber akan digubal mengambil pendekatan yang lebih holistik dan terkini dengan memasukkan peruntukan yang akan merangkumi kedua-dua jenis jenayah siber iaitu jenayah berbantu siber dan jenayah bersandarkan siber.
“Dalam konteks konflik hibrid, teknologi deepfake berpotensi menjadi pemangkin utama kepada information warfare, khususnya melalui penyebaran misinformation, disinformation dan malinformation (MDM) sebagai instrumen operasi psikologi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
“Konflik Rusia-Ukraine membuktikan bahawa deepfake dan MDM telah menjadi komponen utama dalam information warfare, di mana manipulasi maklumat digunakan untuk membentuk persepsi, melemahkan moral dan mempengaruhi sokongan antarabangsa. Dalam hal ini, pelbagai tindakan strategik telah, sedang dan akan diambil oleh semua pihak berkepentingan dalam memastikan komprehensif,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika penggulungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut kata beliau Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854] yang telah berkuat kuasa pada 26 Ogos 2024, bermatlamat bagi memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara melalui pelaksanaan fungsi keselamatan siber secara efektif.
Menurut beliau, aspek keselamatan digital perlu dilihat sebagai elemen strategik dalam menjamin kestabilan negara serta melindungi kepentingan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia.
“Jemaah Menteri pada 14 Januari 2026 juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi (Cyber Security and Cryptology Development Centre, CSCDC) melalui pemusatan fungsi-fungsi keselamatan siber dan kriptologi.
“CSCDC akan menjadi pelengkap kepada pembentukan ekosistem keselamatan ruang siber negara yang terangkum, berdaya tahan, berdaya saing dan berdaulat.
“ACSA, MKN turut berpandangan bahawa kesedaran keselamatan siber adalah merupakan suatu tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen daripada semua pihak yang berkepentingan. Dalam hal ini, Jawatankuasa Penyelarasan Kesedaran Keselamatan Siber (JPKKS) merupakan platform untuk pelaksanaan gerak kerja yang berkaitan dengan cadangan pelaksanaan kempen di peringkat nasional,” ujar beliau. – UMNO Online
RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
You must be logged in to post a comment.