Polis siasat lelaki tendang kucing sampai mati

Polis siasat lelaki tendang kucing sampai mati

Polis siasat lelaki tendang kucing sampai mati
Tangkap layar video menunjukkan pelaku menendang seekor kucing ketika berjoging baru-baru ini. – Instagram

JAKARTA – Seorang warga emas di Blora, wilayah Jawa Tengah disoal siasat oleh polis selepas dirakam menendang seekor kucing sehingga mati kerana berasa terganggu ketika melakukan aktiviti joging, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Lapangan Kridosono Blora baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @faridaarz menunjukkan tendangan yang kuat pada kepala menyebabkan kucing itu melompat tidak tentu arah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Blora, AKP Zaenul Arifin berkata, pelaku telah dipanggil untuk disoal siasat.

“Siasatan masih dijalankan dan pelaku telah disoal siasat hari ini (kelmarin) di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Polis Blora. Motif pelaku menendang kucing itu masih belum diketahui,” kata Zaenul.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.

“Dia joging untuk sihat, ternyata sakit jiwa,” kata seorang netizen. – AGENSI

Polis siasat lelaki tendang kucing sampai mati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker