Polis siasat kes bayi 3 bulan tak sedarkan diri di rumah pengasuh

Polis siasat kes bayi 3 bulan tak sedarkan diri di rumah pengasuh

Polis siasat kes bayi 3 bulan tak sedarkan diri di rumah pengasuh
Foto hiasan.

Kuala Selangor: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes pengabaian kanak-kanak membabitkan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang dilaporkan tidak sedarkan diri selepas berada di rumah pengasuh di Puncak Alam, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 11.12 malam, pada 29 Januari lalu.

Menurutnya, laporan dibuat seorang wanita yang memaklumkan anak perempuannya berada dalam keadaan tersedu, lembik dan tidak normal ketika berada di rumah pengasuh di sebuah pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam.

“Bayi itu kemudian dibawa pulang ke rumah pengadu dan didapati tidak sedarkan diri.

“Mangsa seterusnya dibawa ke sebuah klinik sebelum dihantar ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar


Azaharudin berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menyiasat kejadian berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis siasat kes bayi 3 bulan tak sedarkan diri di rumah pengasuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker