Penceramah bebas dipenjara 10 hari gagal bayar hutang perkahwinan bekas isteri ketiga
Penceramah bebas dipenjara 10 hari gagal bayar hutang perkahwinan bekas isteri ketiga

GOMBAK: Penceramah bebas kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam atas kesalahan gagal membayar hutang perkahwinan bekas isteri ketiganya berjumlah RM120,000 sejak tiga tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Hakim Syarie Mohd Faizal Habib yang menolak alasan penghutang penghakiman atau defendan, Faridul Firdaus, 40, selepas meneliti fakta, dokumen dan hujah kedua-dua pihak.
Beliau turut memerintahkan defendan membayar kos prosiding sebanyak RM3,000 kepada bekas isteri ketiganya selaku plaintif, Norhasyimah Mohamed Arip, 44.
Ketika membacakan keputusan itu, Mohd Faizal berkata, alasan beban ekonomi kronik yang diberikan defendan adalah bersifat penafian semata-mata.
Katanya, berdasarkan eksibit dikemukakan mendapati defendan mempunyai pendapatan bulanan yang ditunjukkan dalam penyata syarikat miliknya jelas membuktikan bahawa beliau mempunyai sumber dan keupayaan kewangan untuk menjelaskan pembayaran penghakiman mahkamah itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
“Walaupun bergantung kepada sumber pendapatan ceramah dan tauliahnya sudah ditarik, penghutang kehakiman membuat pengakuan bahawa beliau masih berceramah di tempat awam selepas itu.
“Penghutang kehakiman yang menanggung tiga isteri juga gagal membuktikan perbelanjaan persekolahan 10 anaknya kerana mahkamah mendapati anaknya menjalani pembelajaran di rumah (home schooling) dan diajar sendiri oleh isteri-isterinya.
“Namun, mahkamah memuji usaha penghutang kehakiman menanggung sewa rumah kedua ibu bapanya untuk keselesaan walaupun mempunyai rumah sendiri di Taman Dato Harun. Tetapi itu sekadar ihsan sedangkan membayar hutang adalah kewajipan kepada penghutang,” katanya.
Plaintif diwakili Peguam Syarie Musa Awang manakala defendan tidak diwakili peguam.
Penghakiman dibuat mengikut Seksyen 179 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
Mahkamah sebelum ini memerintahkan defendan membayar hutang berkenaan secara ansuran sebanyak RM40,000 selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2023, namun defendan gagal membuat bayaran itu.
Permohonan plaintif itu rentetan daripada Penghakiman Persetujuan dan Saman Penghutang Penghakiman (SPP) terhadap defendan untuk membayar hutang perkahwinan namun defendan ingkar.
Defendan dua kali ingkar
Sementara itu, Musa berkata, defendan dua kali ingkar penghakiman menyebabkan mahkamah memerintahkan hukuman penjara selama 10 hari.
Bagaimanapun defendan masih perlu membayar hutang berkenaan selepas selesai menjalani hukuman itu.
Pada 16 Julai 2025, Faridul Firdaus didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah.
Penceramah bebas dipenjara 10 hari gagal bayar hutang perkahwinan bekas isteri ketiga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.