Pemandu lori syarikat keselamatan maut nahas 3 kenderaan di lebuh raya PLUS
Pemandu lori syarikat keselamatan maut nahas 3 kenderaan di lebuh raya PLUS

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di Kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mangsa adalah pemandu lori 10 tan milik sebuah syarikat keselamatan.
“Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Mukhlis berkata, kelindan lori pula, lelaki berusia 39 tahun patah tulang rusuk dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
Mangsa bas ekspres pula terdiri daripada seorang pemandu dan empat penumpang. Pemandu bas ekspres yang tersepit cedera di kepala dan kaki kiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Tiga penumpang lelaki cedera ringan manakala yang lain cedera di kaki dan badan. Seorang kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan di hidung dan dalam keadaan sedar.
Pemandu treler, hanya cedera di tengkuk dan menolak untuk dibawa ke hospital.
Terdahulu, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.12 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan Rawang bergegas ke lokasi kejadian.
Pemandu lori syarikat keselamatan maut nahas 3 kenderaan di lebuh raya PLUS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.