Pei Kee-Mei Xing perlu contohi Pearly-Thinaah
Pei Kee-Mei Xing perlu contohi Pearly-Thinaah

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky menegaskan gandingan beregu wanita, Go Pei Kee–Teoh Mei Xing perlu bersabar dan mencontohi proses yang dilalui ‘kakak’ mereka, Pearly Tan–M Thinaah dalam usaha membina kesefahaman yang benar-benar kukuh di pentas antarabangsa.
Jelas Rexy, untuk membentuk keserasian jitu bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya mereka perlu melalui jatuh bangun bersama seperti mana dilalui oleh beregu elit dunia yang lain.
Katanya, ramuan itu bukan sesuatu yang baharu dan ia sama seperti apa yang pernah dialami Pearly-Thinaah pada peringkat awal pembentukan gandingan mereka.
“Kita lihat balik kepada pengalaman Pearly-Thinaah dan banyak lagi pasangan lain di dunia yang melalui fasa kesukaran.
“Mereka dulu pada peringkat awal pun tersingkir di pusingan pertama, kedua, paling jauh suku akhir. Tapi mereka boleh lalui, boleh faham antara satu sama lain, boleh terima satu sama lain. Jadi kita boleh nampak sekarang mereka ‘solid’,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Selain itu, bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu turut menjelaskan perkembangan satu-satu pasangan tidak boleh diukur secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu dinilai melalui konsistensi dan pengalaman yang dikumpul dari satu kejohanan ke satu kejohanan.
“Kita lihat lagi kepada pasangan Taiwan, keputusan mereka pun tidaklah terlalu menakjubkan. Ada kejutan itu, tapi kalau dibandingkan dengan keputusan yang selama ini mereka buat, biasa-biasa sahaja.
“Tapi mereka kekal, ambil pengalaman itu. Memang perlu masa dan kebanyakan atlet yang usia sudah melebihi 25 tahun baru mula meningkat,” katanya.
Mengulas prestasi Pei Kee dan Mei Xing, Rexy mengakui kedua-dua pemain itu masih mempunyai keterbatasan dari segi kemahiran, namun percaya potensi mereka tetap ada sekiranya diberi masa dan kepercayaan.
“Keputusan mereka tahun lalu pun bukanlah keputusan yang tidak bagus. Mereka pernah menang dengan pasangan yang berada dalam ranking lapan hingga 10 dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
“Jadi keputusannya sebenarnya ada, cuma ini soal kesabaran dan waktu yang diperlukan. Mungkin Pei Kee berasa sudah mendatar. Kalau atlet sudah berasa begitu, kita mahu buat apa lagi,” katanya.
Pei Kee-Mei Xing perlu contohi Pearly-Thinaah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.