Nabila Razali Dipuji Berbakat Dalam Lakonan
‘Power, Bukan Kategori Kayu’
Nabila Razali Dipuji Berbakat Dalam Lakonan

Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali menerima pujian ramai atas bakat lakonannya yang dikatakan penuh penghayatan, baru-baru ini.
Berbakat

Menerusi perkongsian di Threads, individu dengan nama Fairus itu menyatakan lakonan Nabila sangat natural walaupun bakat asalnya adalah dalam bidang nyanyian.
Dah lama perasan, Nabila Razali ni lakonan dia power juga dan bukan kategori kayu.
Mula perasan lakonan dia bagus ketika dia berlakon cerita petang-petang untuk iklan syampu dahulu.
Tidak hanya itu, individu tersebut berkongsi pandangan bahawa lakonan Nabila juga lebih bagus daripada kebanyakan pelakon.
Fairus turut berseloroh menyatakan pelantun lagu Peluang Kedua itu sepatutnya menumpukan bakatnya dalam bidang lakonan, bukan nyanyian.
Bila tengok cerita tu, terdetik Nabila patut fokus berlakon daripada menyanyi sebab lakonan dia lagi bagus dari sesetengah pelakon yang memang berlakon saja.
Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataannya.
Terdahulu, nama Nabila menjadi bualan hangat di media sosial selepas menunjukkan lakonan yang memuaskan dalam drama siri Sesaat Lebih bersama Alvin Chong dan Haziq Hussni.
Sumber: Threads
Nabila Razali Dipuji Berbakat Dalam Lakonan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.