“Mangsa mungkin diserang orang dikenali” – Pakar patologi forensik HPP

“Mangsa mungkin diserang orang dikenali” – Pakar patologi forensik HPP

"Mangsa mungkin diserang orang dikenali" - Pakar patologi forensik HPP
Laporan BH Online.

BUTTERWORTH: Pakar patologi forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor, mengesahkan terdapat kesan luka kelar pada leher seorang wanita yang maut selepas diserang di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat satu luka kelar pada leher mangsa yang dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam.

“Tiada tanda-tanda pergelutan, sekali gus memberi gambaran bahawa mangsa berkemungkinan diserang oleh seseorang yang dikenalinya.

“Kami juga percaya mangsa diserang dari arah belakang.

“Bagaimanapun, satu bedah siasat akan dijalankan malam ini bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar


Terdahulu, BH melaporkan seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh, di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni.

Mangsa berusia 41 tahun itu ditemui terbaring atas katil salah sebuah bilik tidur dengan kesan luka kelar pada leher.

Ketua Polis Negeri, Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi berkata pihak polis masih mengumpul maklumat.

“Mangsa mungkin diserang orang dikenali” – Pakar patologi forensik HPP

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker