Man City sah berdepan Arsenal di final

Man City sah berdepan Arsenal di final

Man City sah berdepan Arsenal di final
PERCUBAAN penyerang Man City, Erling Haaland. FOTO Agensi

Manchester, England: Manchester City akan berdepan Arsenal pada final Piala Liga selepas menyingkirkan juara bertahan Newcastle dengan kemenangan 3-1 hasil ledakan gol babak pertama, awal pagi tadi.

Anak buah Pep Guardiola sudah berada di landasan terbaik selepas memenangi separuh akhir pertama di Tyneside bulan lalu dan mereka melengkapkan tugas dengan aksi cukup tajam di Stadium Etihad.

Omar Marmoush meledak dua gol pada separuh masa pertama, diselang-seli jaringan Tijjani Reijnders.

Anthony Elanga merapatkan jurang selepas rehat, namun kemenangan agregat 5-1 memastikan City kembali ke final Piala Liga buat kali pertama sejak tahun 2021.

Tarikh final menentang Arsenal ditetapkan pada 22 Mac di Wembley selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyingkirkan Chelsea awal pagi semalam.

Kemaraan ke final menjadi tonik terbaik buat Guardiola selepas kekecewaan mensia-siakan kelebihan dua gol ketika seri 2-2 menentang Tottenham hujung minggu lalu, keputusan yang menjejaskan cabaran kejuaraan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar


Dengan kunjungan penting ke Liverpool hujung minggu ini, City ketinggalan enam mata di belakang Arsenal dalam perebutan gelaran EPL.

Piala Liga menjadi trofi pertama era Guardiola bersama City apabila mereka menewaskan Arsenal pada final 2018, ketika pengendali The Gunners, Mikel Arteta masih bertugas sebagai pembantu beliau.

City kemudian menjulang trofi itu tiga musim berturut-turut, namun tidak lagi memenanginya sejak 2021.

Guardiola minggu ini menggunakan nada sinis serta statistik untuk mempertahankan City daripada dakwaan kejayaan kelab itu berpunca daripada kekuatan kewangan pemilik mereka dari Abu Dhabi.

Pengurus City itu menegaskan enam kelab England berbelanja lebih besar berbanding pasukannya dalam tempoh lima tahun lalu, namun beliau sedar sukar memenangi hati pengkritik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan


Satu-satunya cara Guardiola meredakan segala suara sumbang – termasuk dakwaan City semakin merosot – adalah dengan menjulang trofi.

Selepas menamatkan musim lalu tanpa sebarang kejuaraan buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun, beliau pastinya mahu menamatkan kemarau City dengan menewaskan Arsenal.

Man City sah berdepan Arsenal di final

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID



 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker