Kante sertai Fenerbahce selepas sokongan Erdogan
Kante sertai Fenerbahce selepas sokongan Erdogan

Istanbul: Pemain tengah Perancis, Ngolo Kante menandatangani kontrak bersama Fenerbahce dari kelab Arab Saudi, Al-Ittihad, hasil sokongan Presiden Recep Tayyip Erdogan, kata kelab Turkiye itu, hari ini.
Pemenang Piala Dunia itu, yang akan berusia 35 tahun bulan depan, sebelum ini dijangka berpindah ke Istanbul, namun perpindahan berkenaan dilaporkan gagal akibat kesilapan pentadbiran.
Tempoh kontrak Kante tidak didedahkan, namun perpindahan itu memberi peluang kepada pemain tengah yang memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (Leicester 2016, Chelsea 2017) itu untuk mengukuhkan tuntutannya bagi tempat dalam skuad Perancis ke Piala Dunia 2026.
Erdogan berada di Arab Saudi, semalam apabila melakukan lawatan pertamanya ke negara itu dalam tempoh lebih dua tahun.
“Kelab kami telah berjaya melengkapkan perpindahan N’Golo Kante, satu figura terkemuka dalam bola sepak dunia,” kata Presiden Fenerbahce, Sadettin Saran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Fenerbahce, juara Turki sebanyak 19 kali, turut menandatangani rakan sepasukan Kante di Perancis, Matteo Guendouzi, pada jendela perpindahan musim sejuk.
Mereka kini bersaing sengit memburu kejuaraan liga apabila ketinggalan tiga mata di belakang seteru dari Istanbul, Galatasaray.
Mereka bakal menentang kelab England, Nottingham Forest, dalam perlawanan play-off pusingan kalah mati Liga Europa, hujung bulan ini.
Kante sertai Fenerbahce selepas sokongan Erdogan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.