Jonassen kecewa prestasi perseorangan wanita negara

Jonassen kecewa prestasi perseorangan wanita negara

Jonassen kecewa prestasi perseorangan wanita negara
LETSHANAA tewas 18-21, 10-21 kepada Qian Xia pada perlawanan pertama di BATC, hari ini. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen mengakui barisan pemain perseorangan wanita negara beraksi di bawah tahap sebenar ketika Malaysia tewas 1-4 kepada China dalam aksi Kumpulan W Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Qingdao, China, hari ini.

Jonassen berkata, kekalahan itu sudah dijangka memandangkan China tampil sebagai pasukan lebih kuat, namun dia menegaskan keperluan melakukan melakukan penilaian semula menjelang aksi suku akhir.

“Kami tahu China adalah cabaran besar dan kami tewas kepada pasukan yang lebih baik.

“Namun secara keseluruhan, pemain perseorangan beraksi di bawah jangkaan dan kami perlu ‘reset’ sebelum suku akhir pada Jumaat,” kata Jonassen.

China kemudian meraih mata ketiga menerusi perseorangan kedua, Xu Wen Jing, yang menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Sea Thailand 2025, Wong Ling Ching, 21-14, 21-7.

Namun, satu-satunya sinar buat skuad negara hadir menerusi beregu muda Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan yang dipuji Jonassen selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Luo Yi-Wang Ting Ge 13-21, 21-18, 21-17 dalam pertarungan selama 65 minit.

“Kemenangan beregu wanita kedua itu sangat mengagumkan dan menunjukkan semangat juang tinggi,” katanya.

China melengkapkan kemenangan 4-1 apabila Yuan An Qi menewaskan Oo Shan Zi 21-11, 21-11.

Walaupun tewas, kedudukan Malaysia ke suku akhir sudah terjamin memandangkan Kumpulan W hanya dibarisi China dan Malaysia, dengan dua pasukan teratas layak ke pusingan lapan terbaik.

Jonassen kecewa prestasi perseorangan wanita negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker