Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026

JOHOR BAHRU, 4 Feb – Kerajaan Negeri Johor komited memperkukuh ekosistem bandar pintar menerusi peruntukan tahun 2026 yang merangkumi penubuhan Pusat Aduan Bersepadu Negeri, pembangunan Command Center serta penganjuran Johor Smart City Forum sebagai platform perkongsian ilmu dan inovasi.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Mohd Jafni Md Shukor berkata, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan tempatan selain memperkukuh pengurusan bandar yang lebih tersusun, telus dan mesra rakyat.
Menurut beliau, agenda bandar pintar bukan hanya tertumpu kepada bandar-bandar besar, sebaliknya memastikan setiap kawasan di Johor menerima manfaat secara adil melalui sistem pengurusan yang lebih cekap, responsif dan berpaksikan keperluan rakyat.
“Pendekatan bandar pintar yang dilaksanakan kerajaan negeri menekankan kesejahteraan rakyat sebagai teras utama, dengan teknologi dimanfaatkan bagi menyelesaikan isu sebenar seperti pengurusan bandar, perkhidmatan awam dan kemudahan komuniti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
Beliau turut memaklumkan bahawa Johor Smart City Forum akan menjadi medan strategik menghimpunkan pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan pemain industri bagi berkongsi amalan terbaik serta mencetus idea inovatif dalam pembangunan bandar pintar.

“Inilah pendekatan yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar agar pembangunan teknologi berjalan seiring dengan kesejahteraan rakyat.
“Saya percaya, dengan kerjasama semua PBT, jabatan, agensi serta pemain industri, Johor mampu menjadi negeri contoh dalam pelaksanaan bandar pintar yang berdisiplin, beretika dan berpaksikan rakyat.
“Insya-Allah, mesyuarat sulung ini menjadi permulaan kepada fasa baharu pelaksanaan bandar pintar Johor yang lebih inklusif, tersusun dan berorientasikan hasil, demi Johor yang lebih maju, selamat dan sejahtera untuk semua,” katanya lagi. – UMNO Online
Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
You must be logged in to post a comment.