JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai

ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan berhubung aduan kejadian ikan mati di Sungai Tekai, dekat Padang Terap.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan mengenai jam 6.05 petang semalam, sebelum sepasukan pegawai dikerahkan ke lokasi bagi tujuan pemeriksaan.
“Siasatan di lokasi menemukan bangkai pelbagai spesies ikan air tawar termasuk lampam, baung, patung dan tembakang.
“Berdasarkan maklumat awal penduduk setempat, kejadian mula dikesan sekitar jam 5 petang pada 2 Februari lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
“Pasukan penyiasat kemudian menjalankan pengukuran in-situ di lokasi penemuan bangkai ikan,” katanya.
Sharifah Zakiah berkata empat botol sampel air sungai diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur pencemaran atau bahan toksik.
JAS juga menerima maklumat dari orang awam bahawa kematian ikan disebabkan oleh penggunaan tuba dan menasihatkan orang awam membuat laporan polis.
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.