Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha

Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha

Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Exco Wanita UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) supaya menghentikan sebarang cadangan yang berpotensi menimbulkan salah tafsir, mencetuskan sentimen negatif serta membuka ruang kepada perpecahan masyarakat.

Menurut beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Lembah Pantai, tumpuan seharusnya diberikan kepada isu-isu lebih mendesak.

“Fokuslah usaha kepada isu-isu yang jauh lebih mendesak dan memberi kesan langsung kepada kehidupan warga Wilayah Persekutuan termasuk peningkatan kos sara hidup, masalah miskin bandar, penyelenggaraan infrastruktur yang semakin uzur, isu kekurangan tempat letak kereta, banjir kilat dan pelbagai masalah asas lain yang memerlukan penyelesaian segera dan berkesan,” katanya.

Ujar Dr Masliha, cadangan kajian seperti yang dibangkitkan sebelum ini dilihat lebih bersifat provokatif dan seakan-akan menjadi pencetus untuk dijadikan senjata politik murahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan


“Semua pihak perlu sedar kesan buruk apabila isu sensitif dibangkitkan tanpa penelitian mendalam serta tanpa mengambil kira implikasi terhadap keharmonian rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan wajar mengutamakan penyelesaian masalah asas rakyat dan memastikan setiap dasar yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya penduduk Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata kajian sedang dijalankan bagi proses pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu kota, termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur. – UMNO Online

Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker