Guardiola mahu mohon kebenaran turunkan Guehi di final Piala Liga

Guardiola mahu mohon kebenaran turunkan Guehi di final Piala Liga

Guardiola mahu mohon kebenaran turunkan Guehi di final Piala Liga
PEMAIN Man City, Marc Guehi. FOTO Agensi

Manchester: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola akan memohon kebenaran daripada Liga Bolasepak England untuk menurunkan Marc Guehi pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Arsenal, meskipun pertahanan England itu ketika ini tidak layak beraksi di pentas berkenaan.

Guehi yang ditandatangani daripada Crystal Palace pada Januari lalu terpaksa menyaksikan dari bangku simpanan ketika Man City menewaskan Newcastle United 3-1 pada aksi separuh akhir kedua, awal pagi tadi.

Kemenangan agregat 5-1 itu melayakkan City ke perlawanan akhir menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal di Stadium Wembley pada 22 Mac depan, namun Guehi belum dibenarkan tampil dalam perlawanan kemuncak itu.

Berbeza dengan Antoine Semenyo yang turut menyertai Man City pada Januari dari Bournemouth, Guehi tidak layak beraksi dalam Piala Liga musim ini kerana menyertai kelab itu selepas perlawanan separuh akhir pertama menentang Newcastle berlangsung.

Guardiola mengakui peluang pasukannya untuk berjaya dalam permohonan itu adalah tipis, namun jurulatih dari Sepanyol itu tetap berhasrat mengemukakan rayuan memandangkan masalah pertahanan yang dihadapi pasukannya musim ini, selain ancaman besar Arsenal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar


“Kenapa dia tidak boleh bermain? Kenapa tidak? Dia pemain kami, kami membayar gajinya, kami mengambilnya,” kata Guardiola.

“Kami mahu memohon. Saya sudah beritahu kelab bahawa kita perlu memohon. Saya tidak faham sebab mengapa dia tidak boleh bermain di final Piala Liga pada Mac sedangkan dia sudah lama bersama kami.

“Sudah tentu kami akan cuba kerana ia logik. Tetapi untuk menukar peraturan, memang mustahil. Namun kami tetap akan mencuba,” katanya.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua itu, Omar Marmoush muncul wira City apabila menjaringkan dua gol awal sebelum Tijjani Reijnders menambah jaringan ketiga sebelum rehat.

Gol saguhati Newcastle hadir menerusi Anthony Elanga pada minit ke-62 selepas Man City mengendurkan tekanan.

Man City mara ke final Piala Liga buat kali pertama sejak 2021 dan memburu kejuaraan kelima dalam era Guardiola.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan


Walaupun ketinggalan enam mata di belakang Arsenal dalam saingan liga susulan keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur hujung minggu lalu, kemaraan ke Wembley dianggap suntikan moral besar buat Guardiola.

“Saya tidak menganggapnya perkara biasa. Saya tahu betapa sukarnya,” kata Guardiola.

“Dalam 10 tahun, lima final Piala Liga itu sangat bagus.”

Sementara itu, Newcastle gagal mempertahankan kejuaraan Piala Liga sekali gus mengundang kekecewaan pengurus mereka, Eddie Howe.

“Saya sangat kecewa dengan prestasi separuh masa pertama. Kami biasanya berbangga dengan organisasi dan taktikal, tetapi kali ini kami tidak cukup baik dan ia memberi masalah besar kepada kami,” kata Howe.

Guardiola mahu mohon kebenaran turunkan Guehi di final Piala Liga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker