Gagal bayar caj selepas berhibur punca dua lelaki dipukul, diugut

Gagal bayar caj selepas berhibur punca dua lelaki dipukul, diugut

Gagal bayar caj selepas berhibur punca dua lelaki dipukul, diugut

Foto hiasanKUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera selepas dipercayai dipukul dan diugut empat lelaki dalam satu kejadian pemerasan di sebuah pusat hiburan di Pudu, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail, berkata laporan diterima pada jam 5.03 pagi daripada seorang lelaki berusia 53 tahun yang menghubungi polis selepas menerima panggilan kecemasan daripada rakannya.

Menurut beliau, pengadu menerima panggilan daripada rakannya jam 2.37 pagi yang memohon bantuan selepas diugut serta dipukul akibat gagal membuat pembayaran kadar caj dikenakan sebuah pusat hiburan.

“Siasatan mendapati dua mangsa, kedua-duanya berusia 33 tahun ke pusat hiburan itu untuk berhibur. Bagaimanapun mereka gagal menjelaskan caj kadar bayaran yang dikenakan.

“Kedua-dua mangsa kemudian diugut dan dipukul oleh empat individu sehingga mengalami kecederaan lebam di badan serta muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar


Mohammad Lazim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis masih dalam usaha mengesan dan mengenal pasti identiti semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Gagal bayar caj selepas berhibur punca dua lelaki dipukul, diugut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker