Daging babi, itik sejuk beku, biji kopi bernilai lebih RM900,000 dirampas – AKPS Pelabuhan Klang
Daging babi, itik sejuk beku, biji kopi bernilai lebih RM900,000 dirampas – AKPS Pelabuhan Klang

SHAH ALAM: Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) merampas daging babi, daging itik sejuk beku dan biji kopi bernilai RM916,156.02 di Pelabuhan Klang Barat di sini, hari ini.
Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata rampasan dilakukan selepas beberapa pemeriksaan fizikal ke atas kontena yang membawa dagangan hasilan haiwan dan pertanian di Tapak Pemeriksaan Kontena CFS4.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
mengesan tiga konsainan dagangan tidak mematuhi syarat serta peruntukan undang-undang sedia ada.
“Dalam pemeriksaan kira-kira jam 11.30 pagi mendapati daging babi sejuk beku dari Belgium tidak mematuhi syarat permit import MAQIS.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
“Jumlah berat rampasan 24,958.10 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM461,371.43.
“Pemeriksaan kira-kira jam 11.45 pagi pula sebanyak 16,161.28 kg daging itik sejuk beku dari Ireland diimport tanpa permit import MAQIS yang sah dirampas dengan anggaran nilai RM354,176.26,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ezanee berkata, dalam pemeriksaan itu, biji kopi dari Colombia diimport tanpa Perakuan FAMA 3P seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan.
“Jumlah berat rampasan sebanyak 3,500 kg dengan anggaran nilai RM100,608.33,” katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhan jumlah rampasan bagi ketiga-tiga dagangan adalah 44,619.38 kg dengan anggaran nilai RM916,156.02.
“Semua dagangan ini disita bagi mencegah risiko kemasukan penyakit haiwan serta memastikan aspek keselamatan makanan dan kepentingan kesihatan awam negara terus terpelihara.
“Kes disiasat mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). AKPS Pelabuhan Klang menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kemasukan barangan larangan dan dagangan yang tidak mematuhi peraturan demi menjamin keselamatan, kesejahteraan serta kedaulatan negara,” katanya.
Daging babi, itik sejuk beku, biji kopi bernilai lebih RM900,000 dirampas – AKPS Pelabuhan Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.