Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan, kerajaan terus memperkukuh pendekatan mesra rakyat dengan memberi tumpuan khusus kepada keperluan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta penduduk luar bandar terhadap penggunaan MyDigital ID.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata usaha berkenaan dilaksanakan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir susulan peluasan penggunaan perkhidmatan digital.

“Bagi penduduk luar bandar yang kurang capaian peranti, kewujudan Pusat NADI (Pusat Ekonomi Digital) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membantu komuniti luar bandar untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian, termasuk bayaran saman dengan menyediakan capaian Internet, latihan literasi digital serta khidmat pemudah cara kepada komuniti.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut meningkatkan latihan kakitangan di kaunter untuk membimbing warga emas dan OKU yang hadir termasuk membantu mereka dalam proses pendaftaran MyDigital ID jika perlu bagi kegunaan masa hadapan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan


Shamsul berkata demikian bagi menjawab Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok-PN) berkenaan langkah kementerian bagi memastikan warga emas, OKU, penduduk luar bandar dan Orang Asli tidak terpinggir sekiranya perkhidmatan keselamatan dan imigresen mula bergantung kepada MyDigital ID sepenuhnya.

Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, MyDigital ID berperanan sebagai identiti digital nasional yang membolehkan pengesahan identiti rakyat secara selamat untuk capaian perkhidmatan dalam talian Kerajaan, yang berfungsi sebagai mekanisme log masuk tunggal dan melengkapkan penggunaan MyKad dalam persekitaran digital.

“Pelaksanaannya dibuat secara berperingkat dan telah atau sedang digunakan oleh beberapa kementerian dan agensi seperti seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi penguatkuasaan terpilih.

“Bagi PDRM aplikasi MyBayar PDRM merupakan satu-satunya aplikasi dalam talian PDRM yang diintegrasikan sepenuhnya dengan MyDigital ID mulai 1 Oktober 2025. Aplikasi ini membolehkan orang awam membuat semakan dan pembayaran saman trafik secara dalam talian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


“Selain itu, platform ini juga menyediakan kemudahan untuk mendapatkan dokumen tertentu seperti salinan laporan kemalangan tanpa perlu hadir ke kaunter balai polis. MyBayar PDRM boleh dicapai sama ada melalui aplikasi mudah alih atau laman sesawang rasmi,” ujar beliau. – UMNO Online

Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker