Andy Lau takut isteri?
Andy Lau takut isteri?

HONG KONG – Carol Chu yang merupakan isteri bintang terkemuka Hong Kong, Andy Lau, pernah bersembunyi di bawah tempat duduk kereta ketika keluar rumah supaya orang luar tidak tahu dia tinggal bersama penyanyi dan pelakon itu semasa kemuncak populariti Lau.
Menurut laman berita VN Express, hubungan Lau dan Chu kembali menjadi perhatian selepas penerbit filem, Tiffany Chen (isteri kepada jutawan hiburan Hong Kong, Charles Heung), menceritakannya dalam satu siaran langsung pada 28 Januari lalu.
Chen berkata, Lau mula bercinta dengan Chu pada akhir tahun 1980-an tetapi merahsiakan hubungan mereka atas beberapa faktor.
Selain kerjayanya yang berada di kemuncak, Lau juga menjadi sasaran geng kongsi gelap yang mendesaknya membintangi projek filem atas arahan bos-bos jenayah.
Pada tahun 1990-an, pasangan itu mula tinggal bersama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Namun, Lau sering diekori peminat yang berkumpul di luar rumahnya.
Untuk mengelakkan perhatian, mereka tidak pernah menaiki kereta bersama.
Chen mendedahkan bahawa Chu kadangkala bersembunyi di bawah tempat duduk kereta dan menutup dirinya dengan alas lantai agar tidak dilihat oleh sesiapa.
Chen menyifatkan kehidupan Chu pada tempoh itu sebagai ‘sangat menyedihkan.’
Rahsia mereka mula terbongkar pada 1999 apabila sebuah majalah Hong Kong menerbitkan foto Chu keluar dari rumah Lau bersama seorang pembantu rumah.
Walaupun spekulasi bertiup kencang, Lau tetap tidak mengesahkan hubungan tersebut atas permintaan Chu sendiri yang lebih selesa menjauhkan diri daripada perhatian umum.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
Pada akhir 2001, Lau akhirnya mengakui dalam satu program radio bahawa dia mempunyai seseorang yang dicintai dan berharap untuk berkahwin serta mempunyai cahaya mata.
Apabila ditanya mengenai identiti wanita tersebut, dia menjawab: “Saya hanya akan mendedahkannya jika dia tidak marah.”
Pasangan ini mendaftarkan perkahwinan mereka secara rahsia pada tahun 2008.
Sejak itu, mereka hanya muncul bersama di khalayak ramai dalam beberapa acara tertentu, kebanyakannya melibatkan majlis pengebumian ahli keluarga atau rakan terdekat.
Chu, 60, berasal dari keluarga kaya di Malaysia.
Menurut laporan majalah Newtide, Chu dan adik-beradiknya dikenali sebagai gadis yang bergaya dan sering menyertai pertandingan ratu cantik serantau pada usia muda.
Namun, selepas jatuh cinta dengan Lau, Chu perlahan-lahan mengundur diri daripada kehidupan sosial yang mewah dan mengejar kemasyhuran.
Dalam satu temu bual jarang berlaku pada 2022, Lau menyatakan bahawa sebaik sahaja dia memilih untuk menghabiskan hidup dengan seseorang, dia tidak akan menyakiti orang tersebut.
Lau menyifatkan kesetiaan sebagai kekuatan terbesarnya.
Walaupun mengaku dirinya tidak romantik, Lau mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan perselisihan faham.
Jika mereka tidak sependapat, mereka tidak akan bertengkar secara lisan.
Sebaliknya, mereka akan menunggu sehingga emosi tenang, menulis fikiran masing-masing di atas kertas, dan bertukar nota tersebut.
Lau juga berseloroh bahawa dia ‘takut akan isterinya’.
Dia menjauhi arak selama bertahun-tahun kerana bimbang akan dimarahi oleh Chu.
Malah, pasangan ini juga mengamalkan diet vegetarian bersama.
Lau mengakui tekanan yang dihadapi Chu sebagai pasangannya, terutama dengan kesibukan kerjaya yang memerlukan dia kerap mengembara.
Namun, Chu tidak pernah mengeluh. Lau pernah berkata: “Isteri saya lebih menyayangi saya berbanding saya menyayangi diri saya sendiri.” – AGENSI
Andy Lau takut isteri?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.