4 wanita Indonesia mangsa sindiket pembantu rumah diselamatkan Imigresen
4 wanita Indonesia mangsa sindiket pembantu rumah diselamatkan Imigresen

ALOR SETAR: Empat wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dan pemerdagangan orang, diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Kedah.
Operasi itu dilaksanakan kelmarin dan semalam susulan aduan awam serta risikan oleh Unit Tindakan Imigresen negeri bagi menumpaskan kegiatan sindiket ejen pembantu rumah asing tidak berdaftar yang dipercayai aktif di kawasan terbabit.
Imigresen Kedah dalam kenyataan memaklumkan dalam serbuan pertama, pasukan operasi menyelamatkan empat wanita Indonesia yang dikurung di sebuah premis.
“Siasatan awal mendapati mangsa dieksploitasi untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan hanya dibenarkan keluar bagi tujuan bekerja.
“Mangsa turut dipaksa bekerja lebih tempoh ditetapkan, manakala dokumen perjalanan seperti pasport, telefon bimbit serta barang peribadi mereka dipegang sindiket,” kata kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Semua mangsa dilaporkan dalam keadaan trauma fizikal dan mental, selain pergerakan mereka dikawal ketat.
Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Akta 670). Berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil serbuan pertama, satu pasukan operasi susulan telah digerakkan ke lokasi kedua.
4 wanita Indonesia mangsa sindiket pembantu rumah diselamatkan Imigresen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.